asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Actually, aku ada post dalam main blog aku. Disebabkan aku buat main blog aku dalam Bahasa Inggeris, maka post ni akan beralih ke blog ni. Entry panjang dan entry tahun lepas. And benda ni aku nak share dalam album aku kat facebook. Thanks sebab baca ye ;)


Day 1 : 

Ah, aku rasa tak puas hati bercuti kat Seoul. Gambar ni masa kitorang first day kat Seoul. And, yes. Masa tu kitorang (me & sis) dah rancang nak ke mana kat Seoul. Ini kitorang pergi dengan agent. Memang best giler la! First day, suhu kat Seoul -3. Berangin. Kitorang cakap pun berasap. Fuhh fuhh.. Seronok main dengan asap dari mulut *wakaka.

Masa first day, kitorang tak biasa dengan sejuk. Dan, baju tak berlapik. Bila keluar and lama kat sana, menggigil terus! Grr.. grr.. Cakap pun tergagap. Kitorang singgah blue house, president of South Korea's house *kot la. Then, pergi muzium. Cerita pasal zaman dulu kat Korea, duit Korea etc. Lepastu, pergi ke Muzium Istana .. *entah apa nama. lupa. Muzium tu merupakan tempat Princess Hour berlakon! 

After that, pergi ke Nami Island. Whee, best giler!! Broadcast Winter Sonata. Wow, memang cantik giler pemandangan!! Belum winter lagi. Pokok-pokok dia pun tinggi. Fuhh.. Tengok gambar bawah ni. Inilah gambar aku kat Nami Island

Meet the most gorgeous girl in the world *haktuih!

Puas kat Nami Island, bertolak ke Yongpyeong. Sampai kat Yongpyeong, melopong kitorang! Sebab dah salji!!!! 2 malam tidur kat Greenpia Hotel. Esok hari, main ski! 

Day 2 : 

Ski time!! Kitorang mana ada experience main ski. Bantai je la. Dengan boot berat macam batu besar. Uihh, terseksa kitorang! Then, try jalan. Ok-ok la~ Lepastu, try main ski. And naik ke atas. Me? Asyik ke belakang je. Try ke depan, depan. Then, ski~~ Setengah jam je main ski. Uihhh, sakit + susah! Aku tengok budak lagi kecik dari aku pro main ski *malu malu

Kitorang main ski sampai takde lunch and dinner. Main sampai ke malam la! Wah, best! Siap kitorang slide atas salji. Orang Korea pandang kitorang je. Kitorang buat muka wadehel. LOL xD

Macam terseksa kitorang main ski dengan boot berat gila, kitorang stop. And, kitorang naik cable car. Uihh, cantik giler pemandangan winter.


Pemandangan kat cable car. Uihh, memang salji tebal. Best pulak tu ^.^


Tempat ski. Yang pro punya main kat atas bukit sampai ke bawah naik cable car. Fuhh, dahsyat la diorang tu T^T


After that, kitorang dinner~ Makan 'Burger Ikan'. Adoii, dah 2 hari tak makan ayam and daging. Mana ada halal kat Korea. Yongpyeong, kawasan kampung. Mana ada restoran halal! Wuu~ T.T


Lepas dinner, jalan-jalan waktu malam. Yongpyeong kan tempat broadcast Winter Sonata and Boys Before Flower. Jumpalah satu tempat restoran Winter Sonata. Mak aihh, dahsyatnya~ :D


Suhu Yongpyeong adalah -13!!! Sejuk gila! Nasib baik kitorang pakai baju tebal. Muahahaha :D Takde la rasa sejuk sangat. Kitorang enjoy main baling snow. Wohoo!!

Day 3 :


Check out Greenpia Hotel. Kemudian, kitorang return ski apparatus. Then, bertolak ke Mount Seorak. Aihh, naik cable car lagi! Best tu! ^.^ 

Then, tibalah satu puncak tersebut. Tempat kita tengok pemandangan Mount Seorak. Perhh, lagi sejuk~! -__- Siap boleh nampak bandar Seoul lagi. Bangunan KBS, SBS and MBC pun nampak! Cehh, tipu je la~ 

Pergi ke Fish Market. Beli ikan la, padahal tak beli ikan pun. Tengok akuarium penuh dengan ikan je :P

Abaikan gambar aku dengan Romeo and Juliet versi Bear! xD

Teddy Bear Farm! Aku fikir pergi Teddy Bear Museum, yang tempat broadcast Running Man. Rupa-rupanya, Teddy Bear tempat lain. Alaa, kena tipu -.- Teddy Bear Farm, macam-macam teddy kat sana. Ada jugak teddy sejak zaman 90-an. Fuhh, lama gila! >.<

Baju Hangbok aku bertemakan princess. Muehehehe ^.^

Lepas pergi Mount Seorak, pergi ke Hangbok Cloth. Kitorang pakai baju Hangbok and snap picture. Muahaha.. Watak ayah aku, maharaja. Watak mak aku, maharani. Watak kakak aku, eldest princess and watak adik lelaki aku, prince. Oh yeah, concept baju kitorang bertemakan keturunan diraja xD


Lepas tu, pergi ke Strawberry Farm. Mak aihh, strawberry kat Korea besar gila! O.o And manis pulak tu. Best tu! xDD

Day 4 :


Everland! Bukan Neverland~ :P Yeah, theme Park. Cuaca kat sini tak sejuk. Entahlah Everland ni kat mana. Aku pun tak ingat >.< Whoahh, kitorang memang join kat Everland. Aku and bro naik roller goaster yang panjang kat Everland. Everland ada 2 roller goaster. Muahaha, but memang enjoy la. Siap pergi Safari Farm lagi. Ada Liger (lion + tiger), bear, white tiger etc.

Ini beruang betul. Bukan patung ye ;)

Main sampai pukul 5:30 p.m, dah senja. Diorang malam pukul 6 p.m! ^.^ Maghrib pukul 6 lebih tau tak? :D Lepas tu, malam dah tiba di Seoul. Journey selama 2 jam dari Everland ke Seoul. 

Day 5 : 

Go to Amerthys, kedai diamond. Aku, mak and sis beli diamond~ >.< My mom beli gelang and cincin, me and sis beli rantai. Murah. 50% discount. Nak discount, mintak kat manager diorang. Manager dia pun kasi discount lagi! >.< Yeayy!!

Me, sis and bro with Yesung oppa's mom :)

Next trip, pergi ke Handel and Gretel. Dimana Coffee Shop milik Yesung dan keluarga. Of course kitorang pergi! Coffee Shop tu kat depan bangunan KBS. Muahaha. Yang sedih, tak dapat jumpa Yesung and adik dia. Ah, takpe la. Jumpa parents dia pun takpe ^.^

Seriously, mak dia baik gila! Diorang punya coffee, wallao! Tabik!! Aku order Caramel Macchiato 'large' punya!! Memang sedap punya la. Nak je aku order 2. Tamak~ :P And, siap cawan 'Handel and Gretel' bawak balik ke Malaysia. Masih ada kat rumah aku! Sayang tau! Boleh aku buat coffee kat rumah aku xD

Sila terbalikkan lappy anda. *wakaka.

Seoul Tower! And, kitorang pergi ke satu tempat, 'Endless Love'. Haha, tempat untuk couple mengunci untuk cinta mereka hingga akhir hayat! Macam tu la adat diorang. Berjuta kunci diorang kat Seoul Tower. I mean, bukan kat tower. Tempat yang kita nak tengok Seoul Tower. Harap korang faham la -.-

Then, pergi ke Itaewon. Shopping time!!!! xDDD

Day 6 :

Pagi-pagi dah pergi shopping. Shopping kat satu mall 'Duty Free'. Entahlah apa nama mall tu, aku lupa. Yang ingat, duty free la. Muahahaha.

Ice Gallery \^.^/

Satu bilik yang penuh dengan ice. Diorang boleh buat computer, toilet, bilik tidur, bangunan etc. Takde la sejuk sangat. Tapi, memang cantik la bentuk ice tu. 

Competition~ xD

Ha, ni ada pertandingan. Kita buat ice tu jadi bentuk cawan. Tak kisahlah bentuk apa. Mangkuk ke or whatever. Tapi, my mom and dad menang dalam competition tu. Mom dapat no. 1 and dad dapat no .3. Oh yeah, dapat pingat~ ^.^

After that, pergi ke kedai ginseng. Ohh, my mom suka sangat dengan ginseng. Siap dia beli berlambak lagi. Me and sis tidur dalam bas masa diorang semua beli ginseng. Muahaha :P

Pergi ke Myeongdeong. Shopping lagi!! xDD Dan, kitorang beli SPAO. Ya Allah, memang happy gila aku and kakak. Impian yang teringin nak SPAO akhirnya tercapai. Alhamdulillah.. Aku beli SPAO dua! Satu boys style and lagi satu girls. 

Tingkat atas SPAO, ada kedai K-POP official from SM Entertainment! Oh yeahh, macam-macam kitorang beli >.< Aku beli album TRAX and file Kyuhyun masa Tai Wan Mei. Kakak aku pulak, beli SJ Calender 2012, album Mr. Simple Ver. B (Superman), File Sungmin masa Tai Wan Mei and ada lagi la barang dia tu. Beli album SJ Superman, dapat poscard Sungmin. Dapat dua pulak tu and free poster SJ! Oh yeahhh!!! xDD

Day 7 : 

And  oh yeahh, shopping again! Aku beli sourvenir untuk kawan and untuk aku sendiri. Aku beli album B2ST - Fiction and Fact. Uihh, aku happy gila!! xDD Aku pun B2UTY. Sebab B2ST, aku minat K-POP <3

The Nanta Show~~ :D

LOL, The Nanta Show ni 'Musical Performance'. Macam 'Three Musketeers' - Kyuhyun. Yang menyanyi tu. La~ la~ la~ Tapi, takde la Nanta Show nyanyi macam tu. Tapi, memang lawak gila la performance tu. Perhh, superb lawak! xDD Hilang segala stress and kesedihan aku \^.^/

Day 8 :

Hari terakhir kat Korea. Ni last lawatan kitorang. Aww, tak nak tinggal Korea ni. Noo!!! >.<

1 happy family at Korea~~

2002 Fifa World Cup Museum. Museum ni boleh menumpang 60 000 penonton. Banyak giler! >.< Tapi, dahsyatlah masa 2002, Korea menang banyak kali. Lagi-lagi Park Ji Sung, pemain Korea Manchester United. *banyak tau pasal bola ni. kembang jap~

Lepas selesai lawatan, pergi ke Incheon International Airport untuk pulang ke tanah air. Berlepas pada pukul 4 petang. Ada 2 jam setengah kat airport, aku sempat lagi minum Starbuck Coffee and beli album A-CHa. Kat kedai Everysing (kedai SM), takde album A-CHa. Sold Out kat situ -.-' Nasib baik ada jual kat airport xD 

Sampai kat Malaysia pada pukul 9.00 p.m. Destinasi dari Seoul --> Kuala Lumpur selama 6 jam. Sakit punggung sebab lama sangat duduk dalam kapal terbang >.<

Sekian, itulah cerita saya kat Korea Selatan. Jangan copy gambar tersebut. Haram tau tak? Hahaha, macamlah orang nak sangat copy gambar aku ;p

Bila sampai kat Malaysia, esok hari baru Seoul turun salji. And, kitorang baru tau pasal Kona Beans. Dan, Eunhae ada buat temu janji dengan international fans. Ah, melepas peluang T^T

Labels:

@