asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum.

Semalam aku baru sampai rumah dari Pahang ke Selangor. Heh heh aku bercuti di Fraser Hill, Raub, Pahang, Malaysia. LOL. Semalam jerebu dah nampak dengan jelas kat Pahang dan Selangor.

Masa hari Jumaat dan Sabtu, tak adalah nampak sangat. Bila masuk je hari Ahad, memang nampak gila la. Tak nampak bangunan atau bukit-bukau kat depan masa on the way balik ke rumah.

So hari ni aku nak citer sikit. 

Aku ada ajak Aimi and Shira sekali. Hehehe kalau bercuti bawak kawan memang syok gila. 

Journey dari rumah aku ke Raub selama 2 jam, sebab ayah aku guna short cut. Dan selalunya kalau aku holiday kat Fraser Hill, aku akan duduk kat bungalow. Tapi disebabkan ada orang duduk kat bungalow yang selalu kitorang cop, maka kami duduklah di dalam apartment.

Firstly, aku rasa kurang syok pasal apartment ni. Sebab nampak macam hampir uzur. And kemungkinan jugak akan ada renovation.

So bagi aku this is the first and the last sampai apartment tu siap renovate. LOL.

Hari Pertama ;

Sampai pukul 5 petang. So duduk lenggang lenggong sampai ke Maghrib. Masa tu aku puasa. Hehehe. Bila masuk waktu Maghrib, pergilah ke Smoke House di mana ada Steak House. Ou La La~

Ngap ngap ngap habis makan. Kitorang jalan-jalan kat Fraser Hill, masatu diorang sediakan barang apa entah khemah tu semua. Sebab esok harinya ada Pertandingan Mengenali Burung Peringkat Antarabangsa.

Dan gambar bawah ni la aku bersama dengan dua minah gila, si Aimi and si Shira. LOL.

Kami bertiga tak habis-habis cakap pasal HSJ. Pot pet pot pet fangirling apa semua. Hahahaha ni la Jpop.

Hari Kedua ;

Bangun pagi bersiap apa semua, aku, Shira, Aimi dan kakak pergi ke hutan. Jungle trekking. Aku pulak macam jadi facilitator sebab asyik ke depan je plus aku jalan laju. LOL.

Tak jauh pun journey. Masa jungle trekking, kitorang sempat lagi bukak lagu HSJ. Hahahaha ingat Kak Lang nak kejar kitorang ke? Kejarlah, baca ayat suci Al-Quran baru tau :p

Dan ni la muka penat kitorang. Terserlah comel aku, wakakaka *tolong ah*

Dari kanan: me and Shira bini Dai. DAI~!

Aku. Senyum macam tak ikhlas.

Seriously rasa macam nak nangis je sebab ramai orang kata aku ni senyum nampak macam tak ikhlas, plus menakutkan. WA SEDIH SAMA LU.

Bersama dengan bini Kou. Hahaha kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Dah 6 tahun persahabatan kami ni. Melekat jugak sampai sekarang. Hehe.

Aku senyum nampak menakutkan. Tengok ah gambar kat atas ni ;~;

Selepas tu, kitorang berjalan-jalan pergi ke tempat berhimpun pertandingan tu. Ada la mencanting batik, souvenirs dan sebagainya.

Dan masatu aku meraung gila nak ais krim Magnum. AKU NAK TRY AIS KRIM TU WEI. Sampailah ke esok hari.....

Hari Ketiga ;

Pagi tu breakfast macam biasa. Dan jalan-jalan ke tempat pertandingan tu jugak. Berjalan satu Bukit Fraser tu dengan angin sepoi-sepoi a.k.a kawasan hutan.

Pagi tu jugak aku sanggup cari kedai yang ada ais krim Walls demi MAGNUM. Hahahaha dan akhirnya dapat jugak ais krim. Yay (Y)

Jalan, jalan, jalan sampai penat lelah. Kemudian balik ke apartment kitorang. Kemaskan barang apa semua ataupun kalau nak mandi pun boleh. LOL.

Bila dah kemas barang dan sekian sekian...

COLLAPSED.
a.k.a TIDUR. Semua tidur kecuali Shira and adik aku. Pergi tengok citer budak-budak pulak. LOL.

Pukul 4, lunch and check out. Pulangkan kunci tu then bertolak ke Selangor.

Sekian tu sahaja ceritanya. Sorryah aku takde gambar masa hari ketiga. Sebab semua gambar yang aku upload ni dari phone Aimi dan aku sempat bluetooth dari phone dia ke phone aku sebelum dia balik ke rumah.

Hehehehe dah ok bye.

Labels: ,

@