asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love

Assalamualaikum, wahai umat Muhammad S.A.W. *wah baiknya*

Sebulan lebih aku tak update blog. Ehem ehem wa bangga maa. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku menahan nafsu. 

Eh menahan nafsu ke? Hang tengah update blog baru-baru ni.

Hari ni aku ada free time. Baru lepas study a.k.a buat past year questions. Saje je aku buat past year questions sebab aku bosan. 

Break time ni aku edit la blog sikit. Ubah rupamu sebelum ni. Sebelum punya, bukak je keluar lagu Mystery Virgin. Apa punya bahasa ni wa tarak faham derr. So dengan itu saya tukar.

Dan seperti biasa aku ni agak matang. Blog tak berwarna-warni. Putih hitam kelabu memanjang.

Pertama sekali nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Puasa merupakan satu perjuangan yang besar bagi umat Islam. Cari kat Google. Aku malas nak menaip panjang kang terkeluar dari topik *lol dasar*

Kedua sekarang ni aku dalam exam mood. TRIAL WOI TRIAL PMR. Lihatlah betapa pantasnya masa berlalu. Ish ish ish tidak ku terkata... *ewah ayat*

Inilah dinamakan perang gerila bagi semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia. Dan akhir sekali Yamashita Tomoyuki serahkan Tanah Melayu kerana dah kalah *history time!*

So paper yang aku dah jawab ialah BM dan BI. LOL dua subjek tu je. Esok aku takde paper. Hooray! Subjek bahasa Cina, Tamil dan Arab sahaja. Pelajar-pelajar yang tidak mengambil subjek tersebut bergoyang kaki di rumah.

Bagi pelajar yang awesome macam saya mengulangkaji pelajaran sampai pandai gila *puih berjuta kali*

Sebelum saya menyerahkan tanah ini kepada British, saya akan membuat perjanjian. Antaranya ialah;

  • Study.
  • Study.
  • Study.
  • PMR.
  • Mampos.
Itu saja. Sekian. Akan update selepas tamatnya Perang Napoleon *lepas PMR la derr*

Labels: , ,

@