asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love

Assalamualaikum.

Okay agak awkward jugak blogging sebab dah lama aku tak blogging. Minatku pada blogging pun dah kurang sejak asyik study, study, study. Takpe, aku pasrah sebagai seorang pelajar. CAIYOK!

Pertama sekali ;

Mintak restu.
Mintak maaf.
Dapat slip peperiksaan.
Jawab exam a.k.a tengok muka kertas soalan yang putih berseri.
Hantar borang permohonan *lupa nak bawak ke sekolah aiyoo*
FREEDOM.

Hanya 3 benda tu je belum selesai. Bila masuk hari Rabu dah boleh tick 2 benda kat atas tu kecuali FREEDOM.

Dah dapat slip peperiksaan. Okay memang nervous habis la, tadi pun cikgu bagi sikit ceramah pasal PMR supaya jangan nervous bla bla bla.

So di sini saya nak memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki *kalau kawan aku tu cakap dah dari lubang telinga hingga ke lubang bontot lol kurang asam*

Semoga dapat jawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang dan hati terbuka. Dan supaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin..

Tadi kat sekolah susun meja kerusi, lap meja guna thinner lol nak hilangkan contengan a.k.a masterpiece murahan. Kurang asam punya ayat. Dan juga langsaikan hutang-hutang, iaitu yuran PIBG, majalah etc.

Satu sekolah meronda. Memang jadi rondaan pengantin dah demi memohon restu cikgu-cikgu yang awesome. Semoga ilmu yang cikgu beri bermanfaat *of course la bermanfaat cik pi'ah oi*

Saya *ehem* ingin mengucapkan semoga berjaya menghadapi peperiksaan PMR. Jangan nervous, baca doa penerang hati. Doa merupakan senjata orang Islam :D

Ayat BM aku pun dah mula teruk. Haih apakah?

GOOD LUCK! :D

@