asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. lol berhemah dulu.

Minna, freedom is here! Minna means semua, atau bagi bahasa remaja ialah korang. Semua, kebebasan telah tiba! Haih bosan gila intro. Dah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Awkward sekarang ni lol.

Hari yang telah tiba akhirnya datang jugak! Yay dah lama tunggu dari tahun lepas sampai ke tahun ni. Kyaa tak terkata aku sebab oh bangganya.

Bangganya lagi, tak sabar nak pulangkan buku teks lol. Dan recycle buku-buku latihan. The best moment okay. OMG tak sabarnya. Banyak planner aku nak buat selepas PMR. Sugoi desu.

Antaranya ialah:

 Tengok Bad Boys J.
Update main blog.
Tukar template main blog.
 Pulangkan buku teks!!
 Kemas bilik belajar. *dah macam markas tikus aku tengok lol*
 Tengok anime Free!
 Tengok J-Drama *wohoo the best moment*
 Dan macam-macam lagi.
 Tak terkata aku nak list down. Terlampau banyak. *siapa suruh lol*

Dan aku tak tahu nak kata apa. Memang terlampau happy sangat. Kakak aku pun dah macam 'damn you kita hari Khamis ni exam why why why' lol kesian dia.

So nak cakap pasal the moment aku exams PMR ke? Ermm yang baik atau buruk?

Citer je la, apa susahnya.

First day; Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

BM bagi aku, boleh la. Aku lagi suka paper 2 sebab masa tengah buat karangan, banyak gila idea masuk. Fuhh memang happy gila la. Alhamdulillah, Allah membantu aku :) Kalau paper 1, alhamdulillah aku boleh jawab. Even ada bincang sikit soalan dengan kawan aku. Lepas tu tak nak bincang lagi. Soalan no. 2 pun aku dah salah, aiyo tapi takpe la, sebab benda dah lepas.

Agama, Alhamdulillah aku boleh jawab jugak. Cuma aku tak dapat jawab masa dia tanya pasal riwayat hidup secara ringkas Abu Hurairah. Allah, aku lupa biodata. And I was like 'aiyo aku cuma tau dia pencinta kucing je haiyoyo mati woo' Apa lagi? Aku redha je la dengan soalan tu, betul atau salah hanya Allah sahaja tau.

Second day; English dan Geografi.

Hmm boleh la aku jawab. Paper 1, omg nak tersenyum aku jawab. Alhamdulillah, aku boleh jawab jugak! :) Paper 2 la, hmm aku meroyan kat situ lol.

Geografi pun sama, aku boleh jawab jugak. Hopefully dapat A! Amin...

Third day; Science dan Sejarah.

Bagi subjek Science, paper 1 aku boleh jawab jugak. Paper 2 pun sama, eh tak. Ada satu soalan ni cakap pasal small intestine. Haiyoyo aku tak tahu apa jawapan dia. So aku jawab je la supaya senang segala nutrient lalu ke urinary bladder lol apakah.

Sejarah... hmm soalan no. 1 aku dah salah jawab. Masa Sejarah ni la aku mengantuk sangat. Bukan sebab aku tak cukup tidur or tidur lambat, aku ni jenis yang dah terbiasa bila waktu pagi exams, balik dari sekolah terus bersihkan diri, makan, tidur. Penat zzz. Tapi aku boleh jawab jugak, muehehe tak banyak jugak keluar dari past-year questions cisen.

Last day; Mathematics dan Kemahiran Hidup Bersepadu (ERT)

OMG the worst day ever bagi subjek Maths. Maths paper 1 aku tak dapat jawab 5 soalan and I was like asdfghjkl.

Hmm redha je la, nak buat macam mana. Tapi takpe, aku dah buat betul-betul untuk paper 2! Alhamdulillah, aku boleh jawab. Harap-harap dapat A!

KHB ERT pulak, senang. Hehehe bolehlah aku jawab. Dah tak tahu nak cakap apa dah, sebab masa jawab KH, dalam kepala aku cuma fikir freedom, freedom, freedom lol oh yeah.

Rasanya tu je la. Aku nak enjoy freedom aku, sebab next year aku dah form 4, confirm tak dapat merasa freedom. Hahahaha last words,


"Don't you ever ruined my freedom moment."

LOL kbye.

Labels: ,

@