asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum dan... hi.

Sejak kebelakangan ni otak aku asyik... macam apahal kau ni nostalgia sangat. Haa aku tak tahu nak kata apa. Hari tu aku kemas la barang-barang kat almari, so terjumpa gambar kelas masa form 1. Dan pada masa itu baju sekolah aku warna putih dan kain sekolah berwarna biru cair.

Tiada jawatan pada masa itu ;~; Digelar sebagai pelajar biasa, bukan pengawas.

2011 :


Hari last sekolah.

Tengok la ni, zaman masa aku form 1, dan tudung aku awesome sangat masa tu. Hahaha ni dengan bff. Kiri, Aimi. Kanan, Hawa. Kitorang dah berkawan sejak darjah 4. Hahaha. Masa ni sekolah sesi petang. Dan ambil gambar ni masa hari last sekolah. Memang rindu gila la time ni.

Tolong cikgu uruskan SPBT pada musim cuti sekolah.

Pastu time cuti sekolah aku rajin gila tolong cikgu Sharifah kat SPBT dengan Aimi and Hawa. Hahaha cikgu siap kata lagi 'kalau nak tolong, calling-calling la ye'. Adoi cikgu ni xD

2012 :

Menang karate peringkat kebangsaan.

Dan pada masa ni, aku dah kurang senyum. Aku still ingat lagi, tahun lepas masa first day masuk form 2, kawan-kawan rapat aku kata yang aku ni jarang senyum. Tak macam dulu, banyak sangat senyum. And bila aku senyum orang kata fake smile padahal aku senyum dengan ikhlas -_-

Mungkin masa zaman form 2 ni lain sebab masa aku form 2, aku sama kelas dengan Aimi. Masa form 1 pulak sama kelas dengan Hawa.

Nampak tak permainannya? Flashback kejap. Masa aku darjah 4, kitorang bertiga sama kelas. Darjah 5 aku sama kelas dengan Hawa, darjah 6 pulak aku sama kelas dengan Aimi. Masuk form 1, sama kelas dengan Hawa balik. Form 2 sama kelas dengan Aimi.

Dan form 3 ni pulak aku sama kelas dengan Hawa. Hahahaha adoi frustrated diorang berdua, bila nak pisahkan aku sorang-sorang xD

Zaman form 2 ni la paling banyak memori masam manis. Lagi banyak! Dan paling penting sekali, minat aku pada Kpop memang kuat gila, especially EXO. Sampai aku muak habis -_-

2013 :

From right: Me, Shahira and Aimi @ Frasers Hill, Pahang.

Zaman PMR! Masa ni semua muka stress je, setiap hari pergi tuition itu ini blablabla. Penat yang teramat, sampai berazam bila la nak habis PMR ni dah tak tahan dah. Tengok ah gambar tu, muka penat je menonjol.

Dan tahun ni la aku rasa aku banyak makan disebabkan stress. Tengok la tu, aku makin gemuk comel. Wakakaka. Memori masam manis tak banyak, sebab belajar je memanjang. Memang takde chance la nak tahu apa-apa updates.

Dan tahun ni la aku minat kat Jpop. Hahaha tapi tak follow update.

Oh masa 2013 gambar kitorang lain kan? I mean, Hawa takde kat situ. Actually, kitorang dah kurang rapat masa tu. Hawa dengan geng lain, so aku biarkan je la.

Bukan bergaduh. tapi masa form 2 tu Hawa kelas lain and Aimi sama kelas dengan aku. So Hawa pulak dengan geng classmates dia masa form 2. Tu la kitorang dah tak bergambar bersama macam masa form 1.

Sampai sini je la. Aku rasa orang tak ada baca blog ni. Wakakaka peduli apa aku. LOL.

Labels: ,

@