asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum dan hai orang di sana.

So aku nak nak bercerita pasal hari pertama melangkah ke alam tingkatan 4. Wah belum apa-apa lagi dah stress bagi aku. LOL aku tak tahu kenapa. Tahap kebencian aku pada sekolah amat kritikal.

Actually aku tak benci sekolah, aku benci sesetengah orang yang belajar kat sekolah tu. Bukan nak menghalau dia or what, just perangai macam paria tu bajet gangster konon. Haktuih!

Okay back to the topic, semasa aku melangkah masuk ke sekolah, beratur ikut kelas tahun lepas (masa form 3). Dan acara perhimpunan kecil dah mula. Tehee loceng pertama dah bunyi, so agak lewat sikit aku and kakak aku. Kemudian melambai la sorang demi sorang kat kawan lama aku. LOL.

And I was like... awkward with them. I don't know why.

So semua pelajar form 4 tunggu kat dataran a.k.a perhimpunan. Dah la matahari dah mula naik, kena pancaran matahari bagi perempuan. Lelaki tak kena sebab kena block by bangunan sekolah. LOL bertuah betul.

Perempuan bangun dari tempat tu and duduk depan, fuh lega aku. Oh aku jumpa dengan Shahira since dia beratur kat belakang aku. Cakap la dengan dia pasal aku pergi Japan apa semua la. Lepas tu Aimi datang ke tanah kitorang. LOL macam-macam la kitorang cerita.

Aimi cakap kat aku yang aku semakin tembam. Muahahaha adoi makin comel atau makin gemuk?

Pertama sekali cikgu panggil nama pelajar yang masuk Sains Ikhtisas. Bagus sangat yang nama pelajar dari kelas Sains Ikhtisas panggil dulu. Panas dah kat dataran. And then dari situ la terpisah aku dengan Aimi dan Shahira D:

Dalam kelas pula, aku duduk depan sekali. Barisan pertama, row tengah. Lega hati aku, takut duduk belakang macam tahun lepas. Finally!

Guru kelas baru aku bagi tahun ni ialah... guru kelas kakak aku tahun lepas. Wakakaka memang kenal sangat la cikgu tu. Bila cikgu sebut nama aku, dia pandang-pandang kat aku.

"Kamu ni adik Putri Nurin kelas 4ST3 tahun lepas kan?"
"Ya cikgu, saya adik dia. Hehe."

Haiyo, cikgu dah kenal aku on the first day. Yeay yeay famous kejap. Lepas tu mula la perlantikan ketua kelas dan sebagainya. Masa cikgu suruh volunteer jadi ketua kebersihan, tak ada sesiapa nak. Buat bodoh je, kesian aku kat cikgu.

And then cikgu cakap dengan aku,

"Nurin nak jadi ketua kebersihan?"
"Ermm boleh je cikgu."

Dan finally aku dilantik sebagai ketua kebersihan tanpa ditanding. Wahahahaha. Adoi kena buat jadual bertugas pulak. Kelemahan aku di sana ;~; Takpe, aku sanggup! Ganbatte!

Waktu rehat pula, Shahira tunggu aku kat luar kelas aku. Kelas aku sangat untung, sebelah dengan kedai buku, depan dah kantin sekolah. Belakang pula padang sekolah. Teramat untung gila~ gila~

Habis rehat, sambung la dengan cikgu lain masuk. I was shocked when my Chemistry teacher teaches me Chemistry in Malay Language.

NO WAY. Hapak tak faham wei sebab aku dah biasa belajar in English ;A;

Kemudian, cikgu Mathematics pulak sama. Ini pun sama, ajar dalam Bahasa Melayu. Selalunya cikgu tu ajar dalam English, entah tiba-tiba pulak dia terpaksa ajar BM. Sedih wei ;A;

Tu je la kisahnya pada hari pertama di sekolah. Sekian.

Labels:

@