asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum and hello.

Minggu ni memang betul-betul minggu exams. Tercabar minda aku. LOL. Procrastinate mood on, yo. Malas nak study dalam mood-mood macam ni sebab....

esok tak ada paper.

huaa huaaa huaaaa yeay holeeee holeeeeee

Esok paper Biology dan aku bukanlah budak sains tulen sebab aku budak Sains Ikhtisas. Subjek teras seperti sains tulen juga tetapi Biology digantikan dengan Prinsip Perakaunan.

Akaun memang menyeronokkan apabila belajar. Tetapi apabila menghafal teori, aku la orang pertama yang akan angkat bendera putih. Benci gila nak hafal teori kebenda ni padahal penting untuk memahami supaya tak silap rekod ;~;

The moment nak merekod, kena hati-hati dengan ayat pada soalan. Kadang-kadang mengelirukan, bila dah tersilap rekod dan akaun tak seimbang, mohon menjerit tahap sawan gila babi kat Niagara Fall. Mengambil masa yang lama untuk detect kesilapan, macam aku (_ _")v

Seperti aku kata tadi, akaun memang menyeronokkan... apabila banyak buat latihan~

3 minggu aku exams. Ya Allah, tabahkanlah hati aku...

Dan aku harap exams ni, tak nak la dapat result yang tidak memuaskan hati aku ;~; Harap-harap... sebab aku ni bukannya pandai mana pun, average je.

Tu je la. Sekian.
@