asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum dan selamat sejahtera *hemah dulu, hehehe*

Pertama sekali, aku dah tukar layout! Blog agak gelap untuk membaca, so mohon maaf bagi sesiapa yang kurang dengan blog layout yang gelap.

Terdapat beberapa post aku delete, macam about me, tutorials, freebies, reviews dan sebagainya. Kalau nak tutorial, rujuk je la kat main blog aku ataupun blog orang lain. Tutorial kat blog aku bukannya banyak mana pun. Sikit je :(

Sekarang ni aku mood agak baik sikit sebab... azam aku untuk tahun ini akhirnya termakbul jugak. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Aku dapat top 100 untuk kedudukan dalam tingkatan. Memang la ini agak lawak sikit sebab alaa setakat top 100 je itu pun nak kecoh...

But for me, itu dikira bersyukur sangat. Aku ni... teringin jugak dapat Top 50 ataupun Top 10 dalam keseluruhan tingkatan, tapi apa yang nak dihajatkan, otak pun tak ada la pandai mana. Tapi aku tetap bersyukur jugak!

Cuma perlukan usaha yang lebih lagi, terutama sekali Add Maths, Physics, Chemistry and Maths. Oh sekali dengan Account dan jugak subjek yang lain-lain :D

Subjek lain pun ada improvement! Cuma... ada yang menurun la, apa lagi.. Chemistry la ;~;

Itu je la. Sekian.
@