asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum! Wehooo~

*orang lain buat post time first day bulan lepas, aku pulak post dalam bulan 2 lol*

Aku nak post kat sini sebagai memori. Ye la kan, tahun ni kan tahun terakhir aku digelar sebagai 'pelajar sekolah menengah'. Bila aku nak baca post-post lama, terkenang la kejap *aiceh nostalgia gitu*

Pertama sekali, macam biasa aku tetap menghadap muka classmates aku tahun lepas. Hahaha semua muka sama, muka kaki tidur dalam kelas, muka kuat gossip, muka kaki ponteng dsb. Tak ada la menarik mana pun.

Tapi bagi aku, this year punya first day of school tak seronok. Lebih seronok untuk tahun lepas. Minggu pertama je dah stress melambun kerja sekolah yang cikgu bagi. Adoi dengan tugas aku sebagai bendahari dalam kelas, aku paling tak suka kutip duit and jaga duit orang.

Amanah. Ye, betul. Tapi... haih. Aku kadang-kadang takut buat silap pada amanah aku.

Macam biasa la, ucapan pengetua. "Form 5, this year will be a critical for you which you will sit for the national exams, SPM. Form 3, you will sit for the PT3 and form 4, you have to get ready for the SPM by next year." blablabla.

Okay la, aku syok jugak dengar ucapan pengetua ni sebab dalam English so tak ada la common sangat. Ceh ceh.

Masuk dalam kelas, macam biasa la muka aku ni muka budak duduk depan. Hahaha! Aku tak suka duduk belakang walaupun aku ni tinggi. Nasib ah siapa tak nampak so call aku je la kalau tak nampak.

Tugas aku sebagai bendahari ni memang buat aku tekanan darah lebih tinggi, rasa macam nak tumbuk manusia-manusia dalam kelas aku. Susah sangat nak mintak duit. Aku guna duit tu pun untuk photostate je, bukannya nak hias kelas apa bagai.

Sebulan seringgit, murah sangat la tu berbanding dengan tahun lepas- 2 minggu seringgit=sebulan 2 ringgit. Setiap cikgu subjek dalam kelas aku ni majoriti jenis yang photostate soalan. So memang kena perlukan duit untuk photostate.

Aku jenis tak suka bila cikgu suruh aku photostate, aku terpaksa pergi ke meja sorang demi sorang mintak duit waktu sesi pembelajaran. Lagi senang kalau minggu pertama kutip seringgit dan sebelum sesi pembelajaran start. Settle -.-

Alhamdulillah, cikgu-cikgu subjek kelas aku ni semuanya yang bagus-bagus, kecuali Physics -.- Tapi tak apa la, apa daya la kan? Belajar je la. SPM! SPM!

Itu je la kisahnya. Sekian. Akan sambung hiatus sehingga ke akhir tahun 2015 :(

Labels:

@