asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum!

Blog aku dah bertukar rupa. Okay jujurlah aku cakap, bila aku post blog ni dalam bahasa Melayu teramatlah awkward sebab dah lama blog ni berhabuk. Dan aku pun active kat first blog. Last sekali update pada bulan Februari.

Rupa blog ni pun lebih kurang la dengan first blog aku tapi aku letak header sebab aku baru habis layan anime 'Hotarubi no Mori e'. Gila tak sedih tengok anime tu tapi aku baca comments ramai yang nangis tapi aku tak nangis. Aku pun pelik and risau tak menentu. Aku recommend sehabis-habisnya!

Kalau kau jenis yang hati lembut, tolong sediakan sekotak tissue. Sediakan payung sebelum hujan. Hahaha. Seriously mamat nama Gin tu hilang lepas dia pegang tangan budak lelaki tu and aku sedih gila wei. Habis tengok movie tu terus aku search google image and perghh banyak gila gambar part sedih. Waduhh.

Nak citer pasal apa ek? SPM? Oh ya la, post aku pasal PMR pun aku share setiap subjek kan? Aku nak post pasal setiap subjek SPM yang aku ambik supaya bila terbaca balik teringat la memori-memori manis. LOL. Okay let's start!

Bahasa Melayu.
First subjek dan first day of SPM. Takkan lupa la kes Masnah dan macam-macam lagi la. Tapi paling kecoh sekali Masnah la. Hahaha. Masnah kehilangan seorang suami kan. Alhamdulillah aku boleh jawab kecuali pantun Harga Remaja dan novel bahagian b tu aku gabrah kejap. 'Kerjasama', kan? Tapi dengan bantuan Allah SWT, aku dapat jawab! :)

English.
Mila the beluga whale! Polar bear. Crystal! Sama la jugak takkan dilupakan dan habis kecoh kat Twitter and Facebook. Even WhatsApp group pun. Harga cucumber 49 sen. Hahaha adoi ini lawak habis. Dan apa lagi ek? Macam-macam actually tapi banyak aku dah lupa. But still, aku boleh jawab jugak and paper 1 soalan objektif teramatlah challenging sikit sebab jawapan hampir-hampir je.

Sejarah.
Kes kapal wap Ferdinand Magellan. Jujurlah aku cakap bila aku tengok soalan bahagian A tu aku nervous gila tak tentu pasal. Especially pasal Ferdinand Magellan tu. Tak tahu pulak mamat tu wujud dalam buku teks. Aku ingat sikit-sikit bab Eropah form 4 and susah aku nak ingat bab tu. Aku jenis suka jawab soalan esei Sejarah *mohon terajang aku* dan apa aku buat time-time macam tu aku jawab soalan esei supaya aku tak buang masa fikir kat bahagian A. Aku keluarkan segala isi yang aku ingat and pilih soalan yang aku boleh jawab and bab yang aku ingat. Ada lirik lagu hijrah. Ramalkan masa depan dengan alat-alat peperangan yang canggih tu. Oh aku pilih soalan tu, pasal Perang Dunia Kedua.

Pendidikan Islam.
Takkan dilupakan pasal satu ilustrasi kawan tikam belakang. Memang deep habis la sampai keluar soalan SPM. Tapi takpe, aku boleh jawab jugak. Alhamdulillah!

Modern Maths.
Tempat duduk Suraya dialihkan oleh cikgu. Hahaha sebab result tak bagus. Itu lawak. Aku tak berapa ingat sangat perkara-perkara yang best subjek ni. Paper 2 agak kecewa sikit sebab soalan 3-D tu aku risau. Tapi overall boleh jawab la. Janji tak tinggal soalan.

Account.
Paper 1 okay untuk aku and lepas habis jawab paper tu; waktu rehat, diorang discuss paper dengan aku. Aku kalau boleh nak elak tapi diorang asyik tanya aku soalan ni jawab apa, soalan tu jawab apa. Aku simply jawab je la and bila diorang start bersuara, aku buat-buat tak dengar. Lepastu aku lari ke tempat lain. Benci ah nak discuss. Paper 2 susah gilaaaaaa. Bila keluar dari dewan peperiksaan, semua muka sedih je tak dapat jawab. Aku pun sama tapi so far aku tak tinggal soalan. Mana tau dengan format betul and dapat markah kekemasan walaupun nilai salah? Semuanya berserah pada yang Maha Esa :)

Add Maths.
Bee P and Bee Q. Sulphur powder. Susan dengan topi kon tu. Penternak itik tu. Hahaha. Masa aku tengok soalan lebah tu aku ingat lagi, aku gelak sorang-sorang and bila pengawas peperiksaan lalu aku buat muka serious. Takut salah sangka pulak. Kang dia fikir 'budak ni nampak benda lawak ke dalam kertas?' Waktu ni la berita hangat yang ada sorang Chinese guy bunuh diri sebab tak dapat jawab soalan Add Maths paper 1.

Physics.
Physics okaaaaaayyy. For the first time aku keluar awal untuk paper 2 and paper 3. Sebab lagi 10 minit masa nak habis dah tak boleh keluar. Tapi aku keluar 15 minit sebelum masa habis sebab aku dah siap awal, dah banyak kali check satu per satu. Diorang semua mula la discuss sana sini and aku pun buat muka derp je la dengan makan roti coklat Gardenia. Oh nikmatnya. Dan semuanya aku bertawakkal.

Chemistry.
Last paper! Dan bayangkan betapa gembiranya hari yang telah ditunggu selama ini akan tiba? Sebulan menghadap SPM dan tunggu freedom. So far aku boleh jawab subjek ni dengan jayanya! Paper 3 aku so-so sebab aku memang lemah dalam paper 3. Tapi aku dapat ingat satu per satu. Alhamdulillah. Subjek ni pun aku keluar awal untuk paper 2 sahaja sebab masa tu aku dah tak tahan dalam dewan. Faham-faham la kan? Minum air banyak sangat masa menjawab soalan. Nasib baik rumah dekat dengan sekolah then aku berlari balik ke rumah sebab tak tahan.

Rasanya tu je la al-kisahnya. Actually banyak perkara-perkara yang menarik berlaku semasa ambik SPM. Dengan itu, buat la betul-betul supaya tak menyesal pada masa hadapan. Keep moving forward and don't look at the back.

Paling penting sekali, jangan sesekali discuss selepas keluar dari dewan peperiksaan. Terus simpan kertas soalan dalam beg and makan. Oh and masa datang sekolah time SPM, aku mana pegang nota or even baca nota awal-awal pagi. Takut segala yang aku belajar tu lupa sikit-sikit.

Aku bawak badan, beg, botol air, slip peperiksaan, alat tulis sahaja and itu pun jalan relaks je bila masuk ke pagar sekolah. Tak pegang buku langsung. Awkward la jugak sebab ramai kawan tanya 'kau nampak relaks je tak baca apa-apa pun'. Aku reply senyum je sebab segalanya aku berserah kat Allah.

Believe in yourself! Bye.
@