asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum.

Nak tanya. Pernah tak rasa kecewa setiap kali kita dah berusaha setelah sekian kalinya, akhirnya tumbang. Berkobar-kobar mengharapkan suatu kejayaan, akhirnya punah harapan bila dapat tahu keputusan. Bukan apa yang kita nak. Bukan apa yang kita inginkan. Non-stop struggling, but you're not happy yet unsatisfied with the result?

Semua akan merasa. Yes, baru-baru ni aku la mangsanya. Bunyi macam sedih, ya. Sedih sangat. Tak nak cerita kenapa tapi betul-betul kecewa. Rasa macam diri tu tak sempurna. Betul la semua orang tak sempurna. Rasulullah SAW sahaja insan yang sempurna.

Okay, bila dapat tahu keputusan tu bukan apa yang kita target memang rasa betul-betul sedih. Kecewa. Kadang-kadang rasa macam nak give up. I'm so done for it. Baik kalau macam tu dari awal lagi tak payah buat dengan serious, kan?

Bila tengok orang lain yang muka gembira terpamer, ah sedihnya hidup aku. Aku dah usaha selama ini. Apa khilaf aku? Tapi, apabila dengar kata-kata semangat daripada keluarga, kawan dan orang-orang yang kita kenal pasti akan membakar semangat.

This is not the end of the world. 

You can try better. Don't ever give up.

There is always a rainbow after the rain.

Failure is the key to success; each mistake teaches us something.


Ya, ada hikmah di sebaliknya. Kita tak tahu, tapi Allah yang tahu. Mana tahu pada masa akan datang, benda yang lebih baik daripada sebelum ni kan? Tujuan aku share ni; untuk aku dan juga semua orang. Jangan sesekali berputus asa. Mana tahu bila aku feeling down, aku akan baca balik post ni.

Nurin, ini bukan pengakhiran untuk kau. Tapi permulaan kau ke arah yang lebih baik.
@