asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum.

Baca title entry ni pun dah macam menggerunkan. Ceh tak pun tapi depends pada sesiapa, tapi bagi aku ya. Hahaha. Entry ini kemungkinan panjang dan kalau in the future aku baca balik, confirm ada yang skip.

Jujurlah aku kata, dan kejujuran itu semestinya benar bahawa masa berlalu dengan begitu pantas sekali (perghh ayat). Aku baca entry-entry lama aku kat blog ni. Nauzubillah, sangat tak matang okay! Kadang-kadang rasa macam nak gelak je. Little Nurin, why you do this?!

Tinggi je orangnya tapi pemikiran teramatlah species kanak-kanak ribena. Haih budak-budak zaman sekarang pun dah matang okay. Tengok la gaya diorang.

Aku baca entry aku dari zaman PMR sampai ke SPM (which means tahun lepas). Entry 2015 boleh diterima lagi sebab nampak la jugak gaya penulisan aku tu agak 'matang' dan macam 'eh gaya budak cakap ni stress je cara menyampaikan tak begitu ceria'. Tapi memang pun. But dalam masa yang sama ni, rasa cool pulak. Aicehh.

Zaman sebelum PMR aku sampai ke form 4, ya Rabbi! Aku tak mengaku itu aku yang menaip dan publish kat blog ni. Hahaha memang gaya ceria sepanjang entry! Setiap entry memang aku akan bagi salam tapi ada certain blog orang lain tak. Okay itu boleh diketepikan. Bahasa aku time zaman tu nak kata guna short form memang tidak la tapi gaya penyampaian aku tu... (nangis)

Rasa macam nak delete sebab sumpah malu gila tapi bila difikirkan balik aku rasa seronok gelakkan diri aku. Gelakkan diri aku yang teramatlah ceria pada zaman tu. Sekarang dah tak sama macam dulu. Jujurlah, aku rasa aku lagi suka diri aku yang dulu berbanding sekarang. Entah la. Faktor pengedaran masa? Ataupun faktor kematangan/pemikiran seseorang? Bruhh satu pun takde kaitan.

Itulah roda kehidupan.

Dan sekarang bahawasanya aku, Nurin Athirah telahpun menjalankan kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Dan bukan lagi sebagai pelajar tadika, sekolah rendah mahupun sekolah menengah (over la ayat ni). Sejak aku melangkah sebagai seorang mahasiswi, aku nampak dunia luar ni macam mana. Macam-macam ragam manusia.

Ada perangai yang macam tu, macam ni. Kadang-kadang dunia ni agak menakutkan. Tapi pada masa yang sama rasa indah.

Baru aku teringat, kemungkinan besar gaya penulisan aku kat blog ni lain- faktor seseorang membaca novel? (dah dah la faktor). Cakap pasal novel, lepas SPM terus aku layan novel Melayu. Sekarang ni aku dah ada 30+ novel Melayu. Sungguh aku tak percaya dah berapa banyak aku spend duit kat novel. Ouch mahu cekik darah, tapi peduli apa aku membaca tu kan jambatan ilmu. Imaginasi aku ketika membaca tu ibarat television.

Peww lari topik. Hahaha dan aku tak tahu nak sambung apa lagi. Oh ya, institut yang aku tengah berjihad dalam menuntut ilmu (aicehh ayat part 2) ni agak islamik. Means peraturan amatlah ketat dari segi pergaulan mahupun pemakaian. Alhamdulillah, semasa orientasi tu segala persoalan aku terjawab masa sesi tazkirah. Terduduk aku kejap.

Ini la hikmahnya kenapa Tuhan hantar aku ke situ. Segalanya terjawab.

As usual, homesick tapi lepas 2 hari tu dah boleh adapt dengan suasana. Dengan roommates yang happy-happy, diorang semua tak habis-habis gelakkan aku. Aku asyik buat lawak je and then ada la gaya aku ni mencuit hati diorang. Hahaha mula-mula aku pendiam gila like tak tahu nak kata apa but in the end semua dah beres.

Mungkin otak sedang proses dalam menyesuaikan suasana kot. Over la ni.

Kuliah. Macam biasa la bila dah jadi mahasiswi ni bukannya kelas cari kita, kita yang cari kelas. And then segalanya bergantung pada usaha. Dan of course, kita kena berdikari like kalau tak faham kena jumpa dengan lecturer, bukan lecturer yang jumpa kita. Independent. Semua bergantung pada usaha, nawaitu terutama sekali.

Insya Allah, aku akan berusaha sebaik mungkin. Benda yang lepas, biarlah lepas. Tak guna kalau diungkit balik. Aku bersyukur dapat sambung study kat tempat yang aku tengah menuntut ilmu sekarang ni. Alhamdulillah.
@