asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Assalamualaikum and hi.

Ouch lamanya tak update blog! Last sekali update pada bulan 6 lepas. Lama jugak tu like for almost 4 months?! Aku dah habis dengan semester 1 tinggal 6 semester lagi termasuk dengan semester pendek. Sebenarnya, cuti semester aku 3 bulan tapi disebabkan ada semester pendek hanya 2 subjects dan hanya 7 minggu sahaja, maka cuti aku dipotong. Sedih wei kalau tak aku nak kerja. Hahaha.

Cakap pasal kerja, aku teringin nak ada pengalaman kerja sambilan sebab time menunggu result SPM dan masuk U, aku tanam anggur dalam rumah! Sungguh gaya tak sihat, okay? Then duit melayang kat novel dan makanan. Huhuhu. Bila masuk U and jumpa kawan-kawan baru, mula la diorang cerita pasal pengalaman kerja diorang dan aku macam tunggul kayu di antara diorang.

Lagi satu, kakak aku suruh aku kerja sementara nak menunggu untuk balik kolej tapi cuti aku terpaksa digunakan untuk sambung belajar memandu. Aku tangguh belajar memandu time tunggu panggilan U sebab dapat tawaran dalam course yang aku nak. Memang menggelabah habis aku beli barang-barang untuk masuk U.

At first memang aku culture shock sebab... macam-macam perangai manusia and alam universiti wei! Biasa la homesick then dah okay. Hohoho. Makanan kat sana memang okay la and harga pun berpatutan untuk student. Ada certain yang tak la tapi yang tak tu la aku elakkan untuk jimat. Paling lawak sekali group aku; pernah sekali bergaduh sebab ada yang tak puas hati bagai tapi now dah okay.

Okay tak okay pun time tu jugak they show their true colours. In the future aku memang kena hati-hati dengan diorang. Manusia ni... ada je sesetengah yang baik kat depan mata, tapi kat belakang kutuk habis-habisan. Lagi satu, kedekut ilmu tu biasa la dia tamak nak dia sorang je tak nak share dengan orang lain. Last sekali, comparison.

Comparison tu paling aku tak suka sebab bagi aku semua pandai, tak perlu menilai seseorang itu pandai berdasarkan gred akademik yang seseorang itu perolehi. Kalau kau belajar gila-gila demi exam tapi kau muntahkan balik ilmu apa yang kau belajar itu pun tak guna. Manfaatkan ilmu itu, bukannya demi nak dapat score dalam peperiksaan.

Aku masuk U sebagai penuntut ilmu, bukannya sebagai penuntut sijil.

Pasal final, alhamdulillah; aku boleh jawab. Rasanya tak perlu nak cerita sangat kot sebab benda dah lepas kan? Harap-harap dapat dekan. Kalau tak dapat pun takpe. Aku tawakkal. Sekian.
@